Mommy with the Angels

Mommy with the Angels
Ever After

22 April 2011

BRUXISM


Hello everybody!!!2-3 hari ni tetibe terpikirkan anak aku yg sulung ni, bile tido suke laga2 gigi(teeth grinding)..adushhhh, ngilu mama nak oi!! Mesti korang pon penah dengar kan, atau pon korang sendri yg mengalami masalah nih.Huh, mmg gangguan pada mereka yg mendengarnyer,specially bed-mate korang kan..Ade sape penah kene penampau ngan jiran bantal sebelah?? pls raise ur leg..hahaha!Tapi jgn la marah kat depa ni, perlakuan depa ni diluar kesedaran sdr, specially tgh nyenyak tido.

Anyway, aku surf la beberapa article kat website nih, & juga beberapa pembacaan, tiada punca sebenar yg dikenalpasti penyebab BRUXISM aka gigi berlaga ni.Grinding between graham atas & graham bawah.Tapi antara kajian yg dibuat, stress & gangguan emosi blh menjadi berlakunya BRUXISM semasa tido.(baru umur 6 tahun anak aku stress kah??)U all nak tau, kekuatan grinding pengidap BRUXISM ni adalah 6 kali ganda dr kunyahan biasa.Umang..ai..try le hulor jari kat depa nih, harus putus!!

Kat bawah ni statement dari satu artikel dentist yg aku nak sharekan.

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1.Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.
2.Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.


Apakah rawatan bagi bruxism?

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal.

Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouthguard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.(nak ke anak aku pakai??)


Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:

•Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
•Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
•Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
•Masalah berkaitan ubat. Doktot anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.


Anyway, dlm majalah PA & MA bulan ni pon ader menerangkan ttg BRUXISM.So, the best solution utk anak aku ni & xplanation dr dokter, pls bring ur child to the dentist.Ianya utk memastikan kondisi gigi anak anda lebih sihat dan selamat.Mane lah tau, kot2 gigi haus ker, pecah ker..oo.. patut la mase aku kecik2 ayah aku bwk g dentist tiap2 bulan.Baru ku tahu...

Yang dewasa tu, g le jumpe dentist or psikatrik, kot2 ader masalah yg mencengkam jiwe korang.Mule2 ko grinding gigi sendrik, sok2 korang grinding jiran sebelah lak tanpa sedar...kih..kih..kih...

Ok guys..itu aje utk ilmu bersama..sharing is caring..:))

17 April 2011

CHERATING

Cherating...sebut jer name tuh, sume membayangkan tepian pantai yang indah,tempat peranginan yang menyeronokkan, dan sebagainye lah yg best2..Huh, jauh panggang dari sata! Bg aku, cantik lagi tanjung bidara.

5 hari berkampung kat Cherating nun..x de le byk aktiviti yg blh dibuat, selain dari makan..makan..dan makan.Ye lah, dah name pon ikot org g outstesen,tumpang sekaki je le.Anyway, makan kat sane mmg tip top, tp kene pandai pilih kedai.Ask the xprience lah.Siang kedai cam dobi keta, mlm cantik coz meriah dek lampu.Pantang aku mkn kat kedai yg lampu malap2 nih..x nampak bende asing dlm mangkuk tuh.

Back to the cherating story,aku advise kat korang2 yg teringin nak kesana, make sure carilah penginapan yg standard hotel, bukan chalet2 yg surf kat internet nampak cantik.Dah la chalet mahal, tp rupe mcm ala2 reban.It's true, I've been there..nasib la kalo la yg dtg walk-in mane2 chalet, mase tu la baru owner nak bersihkan bilik, sapu taik cicak , taik burung dll.Disarankan menginap kat hotel yg bayar lebih sikit 30-40hengget, dpt keselesaan.kalo korang x caye surf la mane2 blog yg penah pg cherating.Kompem same bg cadangan mcm aku gak.(nasib aku anak beranak ditaja..hehehe).Dalam pada En.hubby bz dgn keje dia tuh, sempat ler dia bwk kami g kemaman, pekene Sata Pakcik Aziz a.k.a Aziz Sata, terbaek wok! Pastu g le round2 Tlk Cempedak.pon x dpt nak snap gambo, camera lupo bwk.yg wajib bwk pampers anak2 le.Tp mmg cantik ah tmpt nyer.

Kat blog aku ni x de le nak sebutkan mane2 hotel yg bagus, wat pe promot pree kat diorang kan..Anyway, ader le sket2 pic yg aku snap dr hotel aku nginap tuh wat coci2 mate.Enjoy surfing!!