Mommy with the Angels

Mommy with the Angels
Ever After

15 April 2014

OH..PAKCIK POLIS!!

Assalamualaikum..

Pagi2 lagi kuor mencari rezeki di Jcard..hehehe...rezeki lah sgt...Alhamdulillah, meramaikan majlis SALE.
dalam x semena2 ada roadblock polis di Cuti Am Bandar Melaka... adehh..wa relaks.wa.tenang..

"Cik, blh mintak lesen, kita ambil gambar sket ye..org ATASAN nak tengok yg kami tahan kereta & tgk lesen..nanti diorang x caye pulak yg kami buat koje.." sambil kawan dia sorang lagi pegang kamera dok ketik..ketik gambo kami..huh, glemer makkkk... yang kereta kat belakang ni dah berderet menunggu nak jalan..lantok ler, janji mak glemer kat orang ATASAN sana...hehehhe...PEACE YAWW!! ko ade???


Kalo tau ler ade pak polisi nak snap gambo, mak pakai tudung bling..bling tau..

Doa buat Dr.Afiaa

Assalamualaikum..

Mungkin ada diantara anda yg tertanya2...siapa Dr.Afiaa ni?? Anda Google her name..akan keluar lah segalanya. DR.AFIAA SIDDIQUI

Seindah nama..sesuci wajahnya


DR Aafia Siddiqui, ibu kepada tiga anak dari Pakistan ini diculik dan diseksa di penjara Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Bagram selama beberapa tahun sebelum dipindahkan secara rahsia ke Amerika Syarikat (AS).

Ahli neurologi tersebut menjadi mangsa ketidakadilan AS selepas dijatuhi hukuman penjara 86 tahun pada 2010. Kes terhadap Dr Aafia Siddiqui dipalsukan oleh rejim bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hukuman ke atasnya dirancang Mossad dan turut dibantu rejim bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf.

Kehidupan Awal Dr Aafia Siddiqui dilahirkan pada 2 Mac 1972 di Karachi, Pakistan merupakananak bongsu daripada tiga adik beradik kepada pasangan Mohammad Siddiqui dan Ismet.

Beliau berpindah ke Texas sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada 1990. Ketika di MIT, Aafia menyertai Persatuan Pelajar Muslim (MSA) dan turut bergiat aktif dalam program memberi penjelasan mengenai keindahan agama Islam kepada penuntut bukan Islam serta memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang.

Selepas tamat pengajian pada 1995, Aafia mengahwini pelajar perubatan, Mohammed Amjad Khan dan menyambung pengajian di Universiti Brandeis dalam bidang neurosains kognitif.

Akibat daripada kesukaran bagi orang Islam untuk terus tinggal di AS selepas insiden 9/11 menyebabkan Aafia dan suaminya memutuskan untuk kembali semula ke Pakistan.

Bagaimanapun, Aafia dan suaminya bercerai ketika beliau sedang hamil anak ketiga yang ketika itu kandungannya mencecah lapan bulan.

Pada Disember 2002, Aafia kembali semula ke AS tanpa membawa anakanaknya untuk mencari pekerjaan di kawasan Baltimore.

Tidak lama selepas itu beliau bersama anaknya dilaporkan hilang selepas pihak berkuasa Pakistan menahan dalang serangan 9/11, Khalid Sheikh Mohammed.


Misteri kehilangan

Menurut ibu Aafia, wanita itu hilang tanpa khabar berita selepas meninggalkan rumah dengan menaiki teksi Metro pada 28 Mac 2003 untuk ke lapangan terbang.

Ketika berita kehilangannya dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri Pakistan membuat pengesahan berhubung penahanan seorang wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan.

Media turut melaporkan, Aafia diberkas agensi risikan di Karachi dan dihantar ke lokasi rahsia untuk disoal siasat.

Setahun selepas itu, jurucakap telah diserahkan kepada pihak berkuasa AS tanpa alasan kukuh.

Aafia dilaporkan hilang lebih setahun selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memuat naik gambarnya dalam laman rasmi mereka kononnya sebagai cara untuk mengaburi mata masyarakat.

Bagaimanapun, pada Februari 2010, anak sulung Aafia yang dibebaskan daripada tahanan pihak berkuasa tampil membuat pendedahan bagaimana dia bersama ibu dan adiknya ditahan kira-kira 15 hingga 20 orang menaiki empat kenderaan yang kemudiannya bertindak menculik mereka.

Ditahan selama lima tahun Aafia mendakwa beliau bersama anaknya diculik perkhidmatan risikan Pakistan sebelum dipindahkan ke pusat tahanan AS.

Wanita itu ditahan di beberapa lokasi rahsia selama lima tahun dan Aafia didera serta turut dirogol dengan kejam ketika beliau dipenjarakan di Bagram sebagai banduan 650.

Ketika itu, Aafia terpaksa menanggung derita kerana menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal selama beberapa tahun.

Pada 4 Ogos 2008, pendakwa raya persekutuan AS mengesahkan Aafia dihantar ke AS dari Afghanistan.


Perbicaraan berat sebelah 

Perbicaraan ke atas Aafia berlangsung pada 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

Beliau didakwa merancang melancarkan serangan ke atas Empire State, Brooklyn Bridge dan Wall Street serta cuba untuk menyerang pihak berkuasa AS.

Difahamkan, sepanjang dua minggu perbicaraan berlangsung, kebanyakan saksi dilaporkan turut memberi keterangan bercanggah hingga menyebabkan kes tersebut menjadi semakin rumit.

Pada 3 Februari, Aafia didapati bersalah di atas semua pertuduhan walaupun tiada bukti kukuh dan beliau ditahan sekali lagi di Pusat Tahanan Metropolitan di New York.

Pada April 2010, anak perempuan Aafia, Maryam dipulangkan semula kepada rumah keluarganya di Karachi oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika dalam satu sidang media, Senator Talha Mehmood memaklumkan, Maryam Siddiqui ditemui di pangkalan tentera udara Bagram.

Menurutnya, budak malang itu dikurung tanpa perikemanusiaan dalam sebuah bilik gelap selama tujuh tahun.

Selepas beberapa kali perbicaraan ditangguhkan, Aafia akhirnya dijatuhi hukuman penjara 86 tahun selepas disabit bersalah di atas lima pertuduhan pada 23 September 2010.


Trivia

Aafia memiliki 144 sijil dan ijazah kepujian dalam bidang neurologi dari pelbagai institut pengajian tinggi di seluruh dunia.

Merupakan satu-satunya ahli neurologi di dunia yang dianugerahkan Doktor Falsafah oleh Universiti Harvard.

Enam bulan selepas bercerai, Aafia didakwa mengahwini Ammar al-Baluchi, sepupu kepada Khalid Sheikh Mohammed tetapi laporan itu dinafikan keluarganya.

- Beliau adalah Hafizah al-Quran. Kini dilaporkan hilang ingatan akibat penderaan fizikal, seksual dan psikologi ke atasnya. Ditahan dalam kurungan seorang diri di Penjara Carswell di Texas.

- Digelar Daughter of Nation.

- Pergerakan Aafia ditubuhkan ketika ulang tahun ke-10 insiden penculikan beliau bersama tiga anaknya pada akhir Mac lalu.


Semoga beliau ditempatkan disyurga kelak.Allahuakbar...

petikan ihsan : Sinar harian 

13 April 2014

Pregnancy SHAKE

Assalamualaikum..

1st trimester , minum shake pon hegeh2 nak habis..tp paksa jugak wpon kadang2 muntah balik.

2nd trimester, alhamdulillah morning & before bed minum shake coklat yg sodap tu.


1,2,3 tetap diteruskan. Org mengandung kan suka masam2. jadinya aloe concentrate tu terasa amat lah enak sekali. 500 ml aloe+air sgt lah senang nak abis. Then teamix ..and shake. My SHAke siap add susu lagi. kasi sodap...lagi umphhhh!!       
 +  
yg best nye..bila pegi check up, HB santekkkkkk...BP santekkkkkk....

Yang pelik..yang kontra...

Assalamualaikum..

Itu lah org kata...setiap kandungan..adalah berbeza. Mengandung anak pertama lain pesen, mengandung no 2, lain lah pulak gayanya...so, yg no 5 ni paling pelik antara 4 sebelom ni. Apa yg pelik ye??

- Dulu tegar nescafe, sekarang langsung x blh minum atau bau. tgk iklan kat tv pon blh rasa nak muntah.
- Dulu mengandung 4 org anak x penah bleeding, yg no.5 ni 2 kali bleeding.
- Sblm ni makan ayam, kambing, daging ok jer, skang langsung x minat. Only seafood & fish.
- Perut lbh besar dr mengandung sebelom2 ni,4 bln dah mcm 6 bln.
- Baju mengandung lama semua senteng..adakah aku telah meninggi??pelik ni..terpaksa bli baju baru...arghh
- Malas masak..ntah hape2..(naseb en.uci rajin nolong ke dapo)
- JERAWAT!!! ntah dari mana le datangnyeeee..hmmm
- Teamix Lemon Refuse..welcome PEACH flavour
- Bye..bye Capucino Shake, most welcome Chocolate Flavour.



 Ape pon..akan datang ia akan menjadi kenangan terindah saat anak2 dah besar..echewahhh feeling lak. Yg pasti, pregnancy is the best moment, sbb x semua org merasainya.

2nd TRIMESTER CUAKKKKKKK!!

Assalamualaikum

Tetiba rajin nak menaip..(semoga baby no.5 ni pon ikut rajin jgk)ngeeee

Bleeding!!! Spotting!!! Ya Allah..cuak koooo...!! 4 kali mengandung x pernah langsung bleeding ke..kuor spotting ker...ni 1st time kene begini. 1st time kene balik dr jenjalan kat Parkson. hehehe..jalan laju jer..ok jer..balik tu hah..cuak.2nd time g Nagoya, bawok baby sitter g carik langsior...x le penat mane pon..So, g klinik & check jantung baby, check ketuban, check uri dan sebagainye le...as long as doctor said, u ok, baby ok, active. Nothing to worry. Bykkan rehat ye...katenyeeee... REHAT?? AKU?? tgk lah...hehehe.

Anyway u all blh refer sini utk pengetahuan why bleeding..why spotting.. Ada jugaklah aku nanye kawan2..mmg ramai yg penah kuar spotting ni..kebanyakan nye sbb renyah..penat dll. Tp, wajib jumpa doc tau utk pastikan x de apa2 yg x di ingini berlaku.


Alhamdulillah,,,setakat ni x de lg dah any spotting or bleeding. Tp mmg aku byk berehat la..x buat keje2 berat..(cehh..mcm la buruh binaan..)

Berlalu sudah 1st trimester

Assalamualaikum ..

Blog dah blh jadi haunted house dek lame nau tinggalkan.. Mabuk 1st trimester yg langsung x selera terhadap semua benda.Huh...sabar dgn dugaanNya.

Alhamdulillah, la ni dah 4 bulan. Dah berselera..(tp masa 1st tri pon selera gak w/pon makan kuor balik) ngeeeeeee..

Anyway, just nak sharing with all of u pasal 1st trimester yg every mom alami. x kira lah mengandung anak pertama..ke2 or mcm i yg dah nak grade ni...no 5!!! MABUKK!!! wehhh...x blh nak ingat lorrr,mesti meloya pulak tiba2 jerrrk.

Benda yg wajib amik mabuk giler x blh nak makan hape pon tu.....SHAKE FORMULA 1. Ini je le yg aku blh telan. kalo sebelom mengandung tu, Capucino Flavour lah the best. tp bila mula je ngandung, langsung x blh telan dah flabvour tu. Nasib ada Coklat flavour. Itu lah yg paling sodap masa ni. Yg heran, wajib dibancuh sejok oiiiih. So dlm fridge kene ade standby ais.



Why F1?? Sebab 55 nutrition in a glass of shake.So dpt lah menampung keperluan mommy & baby waktu kritikal 1st TRI tu. x le melepek x cukup zat. Kepada yg nak planning pregnant tu, u should standby this HERBALIFE NUTRITIOUS FOOD. Insyaallah..segala masalah kekurangan zat dpt diatasi. I dah wat eksperimen kat diri sdr okeh. Kalo lambat amik shake ni waktu pagi...mmg gastrik..meloya...segala mcm rasa ada kat tekak ni. Kadang2 celik je mata kul 5 pagi trus blend Coklat shake dgn ais. No matter how lazy u are..WOMB is no.1.