Mommy with the Angels

Mommy with the Angels
Ever After

28 April 2011

Secretaries Week (Part 1)



Al-kisah.....semalam nyer cerita.Tahun ni attend Seminar Secretaries kat Marriott Putrajaya.Macam biasa la, anjuran Utusan Publications.Peserta adalah dlm 350 org..ramai gak kan!!Tapi cube korang tgk gambo atas tu, ala kadar je kan diorang prepare.Buat le grand sikit tulisan tajuk tu.Ayat kasi bunga2 ker, hiasan pon x de..mcm x ikhlas jer nak sambut para PA2 nih.Dalam dewan yg besau tu, dengan e-con yg menderu2 pon x rase sejuk..nak2 nyer nengok PA2 yg dtg dengan gaya memasing..perhh..stylo beb.Kasut 4-5 inci, kalo terpijak tang tumit tu, mau berlobang kaki, make-up ala2 bollywood, tudung pusing2, sumenyer hebat2 belaka lah.Aku??ala2 ana rafali ler..setia dengan baju kurung & sandals..as usual la,sempoi.kang kalo dah tergolek ngan high heels kang, ko hengat ader org nak tolong!!

First time aku jumpe senior PA kat JPBD HQ kat seminar ni.Diorang pon teringin benau nak jumpe aku.Dah 6 tahun aku keje jat JPBD ni,6 tahun jugak lah diorang cume dengau suara aku je dlm tipon.hah, korang dengki la tu nak kate aku perasan!Anyway, sume x sangka aku muda lagi..hahaha!Diorang sume stok2 nak pencen dah..peace no war!...(nasib x de yg tanya anak dah brapa..kih..kih..kih..)

Saban tahun pengacara yg sama, Roslan Shah ler yg konker (dia je blh runding harga kot..ngeee).So far, ok la dia incharge program, w/pon kadang2 melalut ntah hape2..layan...
(Abaikan sanggul minah ni, kaco je aku nak snap gambo mamat tuh)
Dengan baju liplap nyer, seluar senteng aku leh terima, tapi tlg le cari seluar saiz besau sket.Ketat bena aku nengok suar ko Lan! Adoiyai..nasib x de yg tersembol..!!Agak2 le kalo pesen pon.Geli aku heh!

Antara ahli panel yg bg talk semalam:

i:Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim - Mantan org kuat dalam Johor Corporation)
- Isi topik lebey kpd m'galakkan PA2 menceburi bidang bisnes.Dlm masa yg sama promosi J-Corp.

ii: Dr.Rubiah Kulop Hamzah - Everybody know who she is..
Tajuk: PETUA MEMBENTUK KECEMERLANGAN KESETIAUSAHAAN
-Lebih kpd kerohanian & everything single word from her..the best!

iii:Prof.Dr.Abd.Rahim Abd Rashid - Pengarah Pembelajaran Futuristik from somewhere IPT.
Tajuk:MENGURUS BOS ANDA
-Boring, mcm bg lecture kat student & kritik lebih2 pasal penampilan imej PA2.Hello sir!, kami melaram utk suami aje yer..(everybody dislike him!)

iv)Dr.Zaitun Sulaiman - CEO Therapist Academy
Tajuk: MENGURUS TEKANAN DITEMPAT KERJA
- So slow, boring,(jam dah melebihi 4.30 ptg.time's up la Dr.!(masing2 nyer hp dah berdering2 laki tepon dah tunggu kat luar)

Kesimpulannye adalah membosankan.Dalam 4 orang penceramah, nasib baik Dr.Rubiah K.Hamzah the best.Yang lain sume membosankan & mcm x kena dgn cara penyampaian.Ramai lah yg komplen, bukan aku sorang jer yer.Tlg lah lepas ni organizer kene lah cari panel yg happy go lucky,connecting with audience, topik yg sesuai dgn PA2 si..such as Imej, make up, self defence, yg x memuakkan lah senang cakap.Wassalam..

End of Part 1.

22 April 2011

BRUXISM


Hello everybody!!!2-3 hari ni tetibe terpikirkan anak aku yg sulung ni, bile tido suke laga2 gigi(teeth grinding)..adushhhh, ngilu mama nak oi!! Mesti korang pon penah dengar kan, atau pon korang sendri yg mengalami masalah nih.Huh, mmg gangguan pada mereka yg mendengarnyer,specially bed-mate korang kan..Ade sape penah kene penampau ngan jiran bantal sebelah?? pls raise ur leg..hahaha!Tapi jgn la marah kat depa ni, perlakuan depa ni diluar kesedaran sdr, specially tgh nyenyak tido.

Anyway, aku surf la beberapa article kat website nih, & juga beberapa pembacaan, tiada punca sebenar yg dikenalpasti penyebab BRUXISM aka gigi berlaga ni.Grinding between graham atas & graham bawah.Tapi antara kajian yg dibuat, stress & gangguan emosi blh menjadi berlakunya BRUXISM semasa tido.(baru umur 6 tahun anak aku stress kah??)U all nak tau, kekuatan grinding pengidap BRUXISM ni adalah 6 kali ganda dr kunyahan biasa.Umang..ai..try le hulor jari kat depa nih, harus putus!!

Kat bawah ni statement dari satu artikel dentist yg aku nak sharekan.

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1.Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.
2.Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.


Apakah rawatan bagi bruxism?

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal.

Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouthguard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.(nak ke anak aku pakai??)


Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:

•Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
•Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
•Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
•Masalah berkaitan ubat. Doktot anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.


Anyway, dlm majalah PA & MA bulan ni pon ader menerangkan ttg BRUXISM.So, the best solution utk anak aku ni & xplanation dr dokter, pls bring ur child to the dentist.Ianya utk memastikan kondisi gigi anak anda lebih sihat dan selamat.Mane lah tau, kot2 gigi haus ker, pecah ker..oo.. patut la mase aku kecik2 ayah aku bwk g dentist tiap2 bulan.Baru ku tahu...

Yang dewasa tu, g le jumpe dentist or psikatrik, kot2 ader masalah yg mencengkam jiwe korang.Mule2 ko grinding gigi sendrik, sok2 korang grinding jiran sebelah lak tanpa sedar...kih..kih..kih...

Ok guys..itu aje utk ilmu bersama..sharing is caring..:))

17 April 2011

CHERATING

Cherating...sebut jer name tuh, sume membayangkan tepian pantai yang indah,tempat peranginan yang menyeronokkan, dan sebagainye lah yg best2..Huh, jauh panggang dari sata! Bg aku, cantik lagi tanjung bidara.

5 hari berkampung kat Cherating nun..x de le byk aktiviti yg blh dibuat, selain dari makan..makan..dan makan.Ye lah, dah name pon ikot org g outstesen,tumpang sekaki je le.Anyway, makan kat sane mmg tip top, tp kene pandai pilih kedai.Ask the xprience lah.Siang kedai cam dobi keta, mlm cantik coz meriah dek lampu.Pantang aku mkn kat kedai yg lampu malap2 nih..x nampak bende asing dlm mangkuk tuh.

Back to the cherating story,aku advise kat korang2 yg teringin nak kesana, make sure carilah penginapan yg standard hotel, bukan chalet2 yg surf kat internet nampak cantik.Dah la chalet mahal, tp rupe mcm ala2 reban.It's true, I've been there..nasib la kalo la yg dtg walk-in mane2 chalet, mase tu la baru owner nak bersihkan bilik, sapu taik cicak , taik burung dll.Disarankan menginap kat hotel yg bayar lebih sikit 30-40hengget, dpt keselesaan.kalo korang x caye surf la mane2 blog yg penah pg cherating.Kompem same bg cadangan mcm aku gak.(nasib aku anak beranak ditaja..hehehe).Dalam pada En.hubby bz dgn keje dia tuh, sempat ler dia bwk kami g kemaman, pekene Sata Pakcik Aziz a.k.a Aziz Sata, terbaek wok! Pastu g le round2 Tlk Cempedak.pon x dpt nak snap gambo, camera lupo bwk.yg wajib bwk pampers anak2 le.Tp mmg cantik ah tmpt nyer.

Kat blog aku ni x de le nak sebutkan mane2 hotel yg bagus, wat pe promot pree kat diorang kan..Anyway, ader le sket2 pic yg aku snap dr hotel aku nginap tuh wat coci2 mate.Enjoy surfing!!

17 March 2011

Dimana rasa simpati anda???



Kot iye pon nak bergurau, pergilah pada tempatnya. Org lain dilanda musibah, ko bley suke-suke main-main. Kita tak merasa ape yang org sana rasa, tp cube lah bayangkan diri sendiri berada dalam situasi sedemikian...